Kedatangan orang Jawa semasa Empayar Sri Vijaya dan Majapahoit dalam kurun ke 14-15. Di Malaysia terdapat dua versi muzik gamelan iaitu gamelan Johor dan Gamelan Terengganu.
Kedatangan gamelan Jawa ke Malaysia adalah bersama dengan kedatangan masyarakat Jawa ke Johor. Mereka memainkan gamelan mengiringi persembahan wayang kulit purwa dan mengiringi tarian seperti tarian Kifrah, Serimpi Lilin, Kupu-kupu dan Cakil. Alat-alat gamelan didapati digunakan untuk mengiringi Riog, Barungan dan Kuda Kepang. Muziknya dipersembahkan dalam majlis perkahwinan, berkhatan dan sebagainya.
Gamelan jenis ini boleh didapati di Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan sebagai permainan rakyat dan tidaklah terhad pada persembahan di istana sahaja.
No comments:
Post a Comment