Tuesday, October 20, 2015

Post Kelima

Gamelan di Pahang

Muzik Gamelan adalah himpunan alat muzik yang biasanya menonjolkan metalofon, gambang, gendang dan gong. Orkes gamelan kebanyakan terdapat di kepulauan Jawa, Madura, Bali dan Lombok di Indonesia dalam pelbagai jenis ukuran dan bentuk yang dipanggil ensembel. Di Bali dan Lombok hari ini, selain di Jawa pada lewat abad ke-18, istilah gong lebih dianggap sinonim dengan gamelan.

(Peta Indonesia)


Alat Gamelan Jawa
Gamelan Pahang diperkenalkan ke Pahang pada masa pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah telah meningkatkan muzik gamelan dan diikuti oleh isteri kedua Sultan iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu Tengku Ampuan Mariam telah berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada 1913, dan telah membawa gamelan keTerengganu.

Peta Trengganu 




Peta Pahang 




Muzik gamelan biasanya dimainkan dalam majlis formal dan tidak formal di istana dan untuk mengiringi joget Pahang. Pemuzik gamelan terdiri daripada lelaki seramai sembilan orang dan penarinya adalah wanita seramai enam orang. Alatan muzik yang digunakan ialah Gong Agong, Gong Sawokan, Gendang IbuGendang AnakSaron Pekin, Saron Baron I dan Saron Baron II, Gambang serta juga Kenong.



(Peta Pahang & Trengganu)

Pada 1914, apabila Sultan Ahmad Mangkat, isterinya Cik Zubedah berangkat ke Terengganu untuk tinggal bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam di istana. Tengku Ampuan Mariam amat meminati gamelan. Pada 1915, set peralatan gamelan di bawah jagaannya di Pahang dibawa ke Istana Maziah Terengganu dan melatih pemuda-pemudi Terengganu untuk bermain dan menari dengan iringan gamelan.

Pada 1920, selepas Sultan Sulaiman dimahkotakan, usaha dipergiatkan dengan membawa bekas penari Pahang, Yang Khoja dan Cik Meriam melatih penari Terengganu dan dinaungi Tengku Ampuan Mariam sendiri Demikian pula, Wan Mohd dan Wan Ahmad dan Ahin, bekas pemain muzik Pahang bersama melatih kumpulan Terengganu yang dikelolakan Sultan Sulaiman.

Sehingga 1936, Sultan dan permaisuri berjaya memiliki set sendiri. Pelbagai lagu dan tarian dicipta termasuk lambang sari, geliung, ketam renjong, togok, gagak seteru, lancang kuning dan sebagainya. Tengku Ampuan Mariam menulis manuskrip mengenai tarian sementara Sultan Sulaiman bertanggungjawab menukarkan nama Joget Pahang kepada Joget Gamelan Terengganu.

Bagaimanapun gamelan Terengganu mengalami kejatuhan pada zaman penaklukan Jepun sekitar 1941 dan kemangkatan Sultan Sulaiman pada 1942. Tengku Mariam berpindah ke Istana Kolam dengan membawa set gamelan bersama dua bekas penarinya, Cik Adnan Abdul. Set gamelan dikembalikan ke Pahang pada 1973 setelah berlakunya tawar-menawar yang tidak menyenangkan antara kerajaan Pahang dan Terengganu. Set Gamelan itu dianugerahkan kepada Muzium Pahang di Pekan dan kini dipamerkan.

Muzik gamelan biasanya dimainkan pada majlis rasmi atau kasual di istana terutama mengiringi joget Pahang. Pemuzik gamelan membabitkan sembilan lelaki dan enam penari wanita. Alatan muzik yang digunakan ialah Gong Agong, Gong Sawokan, Gendang Ibu, Gendang Anak, Saron Pekin, Saron Baron I dan Saron Baron II, Gambang serta Kenong.

Tuning dan pembuatan orkes gamelan adalah suatu proses rumit. Gamelan menggunakan empat sistem tuning - sléndro, pélog, degung (khusus daerah Sunda, atau Jawa Barat) dan madenda (juga dikenali sebagai diatonis, sama seperti skala minor asli yang banyak dipakai di Eropah.

Jenis gamelan antaranya Gamelan Jawa, Gamelan Bali, Gamelan Sunda, Gamelan Banyuwangi, Gambang Kromong dan Gamelan Amerika (American Gamelan).

Post Kempat

GAMELAN TERENGGANU

Muzik gamelan Terengganu bermula apabila istana Pahang menerima set gamelan dari Riau-Lingga pada tahun 1800-an. Muzik pertama kali dimainkan sempena hari perkahwinan kerabat di Raja Pahang dan Lingga pada tahun 1811. Muzik gamelan berkembang di Pahang dalam kurun ke 19, bagaimanapun kemajuan muzik gamelan di Pahang menjadi malap dengan kemangkatan Sultan Ahamad. Kemudian muzik gamelan tersebut dibawa ke Terengganu apabila puteri Sultan Ahmad berkahwin dengan Tengku Zainal Abidin dari Terengganu. Sejak itu muzik gamelan dikenali di istana Terengganu. Dari segi tradisi, gamelan terengganu adalah tradisi istana dan hanya dipersembhakan untuk hiburan kerabat di raja dan dalam upacara istana.


Muzik gamelan Terengganu mula dibawa dari istana oleh Tan sri Moben Sheppard pada tahun 1970-an. Gamelan Terengganu ini kini banyak mengalami pengubahsuaian dan mempunyai ciri Melayu dan kini digelar gamelan Melayu khasnya bila dipersembahkan dalam majlis rasmi meraikan pembesar, tokoh politik luar negara dan pelancong.

Post Kedua

Jenis Gamelan

Berbagai alat lain dicipta mengikut peredaran zaman. Pada zaman pemerintahan kerajaan Demak di Jawa, gamelan digunakan untuk berdakwah oleh ahli ulamak sunnah atau kiai. 

Alat gamelan juga terdapat di Filipina, Thailand, Kamboja dan sebahagian Vietnam dengan berbagai nama mengikut tempat. Walaupun nama berbeza bentuk alat masih serupa dan mempunyai keistmewaannya tersendiri.


Muzik gamelan Malaysia berasal dari Indonesia melalui penghijrahan orang Jawa semasa Empayar Sri Vijaya dan Majapahoit dalam kurun ke 14-15. Di Malaysia tereapat dua versi muzik gamelan iaitu gamelan Johor dan Gamelan Terengganu.


Post Ketiga

Gamelan Johor/Jawa

Kedatangan orang Jawa semasa Empayar Sri Vijaya dan Majapahoit dalam kurun ke 14-15. Di Malaysia terdapat dua versi muzik gamelan iaitu gamelan Johor dan Gamelan Terengganu. 

Kedatangan gamelan Jawa ke Malaysia adalah bersama dengan kedatangan masyarakat Jawa ke Johor. Mereka memainkan gamelan mengiringi persembahan wayang kulit purwa dan mengiringi tarian seperti tarian Kifrah, Serimpi Lilin, Kupu-kupu dan Cakil. Alat-alat gamelan didapati digunakan untuk mengiringi Riog, Barungan dan Kuda Kepang. Muziknya dipersembahkan dalam majlis perkahwinan, berkhatan dan sebagainya.

Gamelan jenis ini boleh didapati di Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan sebagai permainan rakyat dan tidaklah terhad pada persembahan di istana sahaja. 








Pos Pertama

Pengenalan

Gamelan berasal dari Bahasa Jawa yang bermaksud ditabuh atau dipukul mungkin kerana peralatan muzik gamelan tergolong dalam kumpulan alat perkusi dan dibunyikan dengan cara di tabuh atau dipukul. Alat gamelan dibuat daripada perunggu dan kayu atau buluh dan juga logam besi ataupun gangsa.

Alatan gamelan biasanya sudah dilaras iaitu bunyinya sudah ditetapkan (fix tuning). Ia dimainkan secara ensemble dan persembahannya lengakp setelah dibuat secara berkumpulan. Ia boleh juga dimainkan secara tersendiri.

(http://muzik-malaysia.blogspot.my/2009/10/gamelan-pengenalan-sejarah-dan-jenis.html)

(http://alunanmustika.blogspot.my/2010/08/muzik-gamelan.html)

Ensemble Gamelan


Sejarah

Muzik gamelan  telah wujud semenjak T.M.1. Alat yang pertama kali digunakan ialah gong untuk sesuatu upacara keagamaan atau peristiwa. Ia tidak dimainkan sepanjang masa tetapi pada sela yang kerap bersama alat lain seperti kenong, kethuk dan kempayang

Gong Ageng dan Gong Suwuk
(http://homepages.cae.wisc.edu/~jjordan/gamelan/gongs.html)

The gong ageng (the two dark-colored gongs in the photograph) are very important to the gamelan. They mark the end of major divisions called gongan. The big gong is also used when ending most pieces. The gong suwuk are large gongs of definite pitch. In some pieces, they are used to mark different gongan or when there are many gong strokes in rapid successesion (the gong ageng sounds muddy if played often).

Selain daripada gong di atas ada pula kempul iaitu set gong  yang...


The kempul are a set of pitched gongs. These instruments often subdivide a line of gamelan music. There are two racks of gongs because of the two gamelan scales, or laras.